Isnin, Jun 02, 2008

2 hari lepas adalah hari nasi impit. untuk lunch aku masak kuah lodeh dan sambal ikan bilis. lama betul tak pekena makanan ni. aku saje masak banyak, nak ratah sayur dalam kuah tu. best betullll.... tapi kuah dia ala-ala je kuningnya sebab tengah syok-syok masukkan bahan dalam periuk baru sedar serbuk kunyit tinggal tak sampai 1 sudu teh. nak pergi kedai malas la pulak sebab takkan nak drive semata-mata sepeket serbuk kunyit. kalau dengan motor tu ok la tapi hubby dah bawa pergi keje.




hubby pulak memang tak suka lontong ke soto ke. bagi dia nasi impit cuma untuk kuah kacang so dinner pulak aku masak kuah kacang dan sate goreng.(sate langsung tak letak serbuk kunyit, rasa ada, warna kurengg...)




nasi lemak ni saje je nak enterframe, nak tumpang glamour. yang ni untuk dinner semalam.





Tiada ulasan: