Selasa, Mei 27, 2008

khamis lepas, balik je dari sekolah kakak cakap ada sambutan hari guru di sekolahnya. tingg... tiba-tiba aku terfikir nak buat cupcake untuk semua guru-guru yang mengajarnya. ada 6 orang semuanya termasuk bekas guru kelasnya dulu. wah... ada projek baru la aku nampaknya. so, aku pun buat choc cake & basic butter cake.







hari ahad tu pulak baru la sampai seru aku untuk cuba resepi whole orange cake resepi dari kak LG. ini lah aku, kena sampai seru baru nak rajin. dek kerana serunya sampai tak nyempat-nyempat, sauce nya tak leh nak ikut resepi sebab tak de orange marmalade. jadi aku just didihkan orange juice, masukkan gula & cornstarch sikit. nasib baik rasanya ok. suka hati je aku ni kan.




Tiada ulasan: