Rabu, Jun 04, 2008

semalam kami sekeluarga jalan-jalan ke Raub,Pahang rumah adik aku no.3. wife dia orang sana, sekarang tinggal dengan in-law's family. dek kerana cuti sekolah ni kami tak balik kampung, so dapat pergi kampung orang pun kira ok la... petang tu adik aku bawa kami ke ladang kambing hasil usahasama dia dengan seorang kawannya. adalah dalam 50 ekor. anak dia, si Adlina(sebaya dengan Syafi tapi muda 8 bulan) siap main kejar-kejar dengan anak kambing kat situ. Si Syafi pulak asyik berdukung dengan Cik Da. Memang dia takut, sampai menggeletar badan dia. kalau kat rumah dia lah orang yang suka nyakat kakak, tapi penakut kalau dengan binatang.







kami bertolak balik selepas insyak. sebelum tu, semasa makan malam, dalam buletin utama ada berita tentang kemalangan yang berlaku di km25.5 lebuhraya karak. ada bas yang baru turun dari genting highland terhumban ke dalam gaung. tak sangka pulak jalanraya akan sesak hingga hampir 1 1/2 jam sebelum melepasi kawasan kemalangan. kami sampai rumah lebih kurang pukul 2 pagi. sepatutnya dalam pukul 12 kami dah sampai. nasib baik syafi tak mengamuk lebih-lebih. 2,3 kali dia minta susu, aku pujuk dia nanti sampai rumah umi buatkan. alhamdulillah dia faham.



cendawan ni aku beli dari penduduk kampung tu yang mengusahakan tanaman cendawan secara komersial. setakat ni, ni kali pertama aku tengok cendawan sebesar tu. tengahari tadi aku, 1/3 aku masak tomyam campur, lebih tu aku goreng.




Tiada ulasan: