dengan badan yang yang tak berapa sihat... tiba-tiba jer tekak aku rasa nak makan donut... kesnya merayau-rayau dari rumah ke rumah teman-teman cyber, ntah kat rumah sapa terlihat kuih ni... terasa-rasa jer kemanisan donut lalu kat tekak ni... pada mulanya aku baring-baring selepas solat zohor, nak tunggu asar... ishhh... tak boleh jadi... terus bangun pergi dapur, terus ambil bahan-bahan... sedang elok je aku dok menerapnya, kedengaran azan asar... so jadi jugak donut petang ni... nyamannya rasa...
sebenarnya dah lama tak buat donut ni... tapi dek kerana kemalasan yang teramat melanda diri, asik-asik KIV jer... aku dah kata, aku ni bila datang angin gila, tak kira masa, keadaan, boleh je jadi...
1 ulasan:
(jentik donat akak sampai jatuh terabur) hahahahahaha! larik! larik! (tengok kak hunny bawak rotan nak kejo)
Catat Ulasan