Jumaat, Mei 09, 2008

winduuuunya... dah lebih seminggu tak jenguk umah sendiri... hati meronta-ronta nak on pc tapi banyak perkara yang membuatkan aku terpaksa menangguhkan niat aku tu... cakap banyak pun nanti ramai yang boring... so anak-anak murid sekelian... berikut adalah rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan cikgu di alam maya ini... cam belajar sejarah la pulak...

1 mei
lebih kurang 6am, my MIL,SIL&family sampai dari kampung. dah la naik bas, bawa sekotak besar buah tangan dari kampung lagi... itu lah MIL ku... sentiasa ingat anak, menantu, cucu-cucunya. ada ketupat sotong, tapai pulut dan lain-lain lagi.














































2 mei
tak de plan kemana-mana. kakak sekolah macam biasa. malam tu BIL yang duk kat area puchong ni jugak datang, borak-borak sampai 12.30am. maklumla, lama tak jumpa, banyak cerita.

3 mei
9.30am, kitaorang memulakan perjalanan ke melaka. antara tempat-tempat yang kitaorang lawati, taman mini malaysia&asean, taman buaya, stadhuys, muzium samudera,a famosa, menara taming sari. malam tu kitaorang ke umbai makan seafood. yang frustnya, plan sikit punya cantik nak snap gambar-gambar lauk-pauk yang terhidang, dah masuk kereta nak balik baru teringat, hampeh betul. geram kat diri sendiri.

















4 mei
hari untuk shopping. lepas semua dah puas hati, kitaorang merasa naik rivercruise menyusuri sungai melaka sambil mendengar penerangan tentang sejarah perkampungan melayu & baba nyonya yang terletak di kanan kiri sungai tu.selama 45 minit di atas air, kitaorang pun mula bergerak pulang. ingatkan nak singgah lunch kat mana-mana R&R yang ada sepanjang highway tu sebelum ke seremban 2 rumah saudara. tapi R&R yang ada cuma tandas dan surau, tak de food court. kitaorang alas perut dengan dodol,wajik dan 2,3 makanan lain yang kitaorang shopping tadi. last-last lunch kitaorang pukul 5pm kat seremban 2 tu jugak. makan siap-siap kat kedai sebelum pergi rumah orang, tak lah nampak cam kebulur sangat bila tuan rumah hidang makanan. singgah sembahyang maghrib & isyak. lepas tu bertolak balik.

5 mei
MIL bertolak balik. rumah dah macam tongkang pecah. mainan ada di setiap penjuru rumah. aku dah cakap kat hubby tak masak hari ni. tup-tup adik aku yang duk grik call nak datang rumah, dia dah ada kat putra perdana rumah saudara wife dia. terbengkalai segala plan aku. stop mengemas, sempat cuci bilik air je... kena masak la jugak nampaknya. petang tu diaorang balik. malam tu aku dah rasa amat penat, bertambah-tambah penat bila tengok rumah tunggang langgang, kain berbakul-bakul tak berlipat. tapi aku buat tak nampak je la... buat bila ada masa...

6 mei
aku sambung mengemas mana yang sempat. rasa malas membuak-buak sebab tak tahu nak mula yang mana dulu. nasib baik SIL yang duk sini, balik dari kerja, bermurah hati nak tolong vacuum rumah. lega sikit.

7 mei
syafi ada appointment di klinik kesihatan ibu&anak untuk routine check-up. balik dari klinik, beli lauk kat pasar. sampai rumah masak ala kadar. mood untuk mengemas masih belum muncul, so buat apa yang patut je.

8 mei
ada jcard member sale kat jusco. setengah hari jugak kat situ sebelum pergi ambil kakak balik sekolah. punya la ramai orang, maklum la sale gila-gila sampai 70% less. ni 1st time aku pergi, belum biasa dengan situsasinya. so, tahun depan aku berazam nak pergi sebelum jusco buka lagi supaya lebih puas hati. hehe...

9 mei
hari ni baru la aku ada masa lebih untuk mengemas. kalau tak hari-hari ada agenda. mood pun dah ok sikit .




Tiada ulasan: