Hajah Noriah Binti Abdullah. Ibu kepada 7 orang anak. 3 lelaki 4 perempuan. Seorang surirumah. Tidak pernah jemu mendidik, membimbing, mengasuh anak-anaknya. She's the chef, tailor, teacher, housekeeper, doctor, moderator, counselor, barber and etc. for her family(until now in certain part).
kalau nak cerita semua pengorbanan MA, aku rasa sampai esok pun tak habis. ringkasnya, dia lah segalanya bagi aku. segala pengorbanannya memang tak terbalas. dia dan abah sekarang ada kat rumah adik aku no 2 kat grik sebab hari isnin nak hantar adik aku yang bongsu masuk matrikulasi kat kulim. kebetulan adik aku (no.2) tu ada hal kat sini, aku sempat buat kad untuk dia dengan adik aku no 4, baru habis study, datang umah aku selasa lepas.(berapa banyak adik daaaaa.... p/s:aku ni anak sulung) kami kongsi beli handbag untuk MA. so semua tu aku kirim ke grik.
JUGA UNTUK IBU-IBU SEANTERO DUNIA
Sabtu, Mei 10, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan