Isnin, Mei 19, 2008

2 hari lepas aku sambut hari ibu lagi. bukan kerana dapat hadiah ke apa, cuma aku dapat masak apa yang aku idam-idamkan selama ni. bukan tak pernah makan, cuma kat rumah jiran, nak makan sampai puas tu tak bolah la kan, lawan tokey la pulak. so, sempena hubby aku tak de, (pak sedara dia offer projek ternak lembu, so balik la kampung kejap tengok-tengok dulu ok ke tak), jadi aku pun menghargai peluang yang ada.



mee/bihun soto


mee bandung


hubby aku bukan tak makan mee, tapi kalau lunch mesti nak makan nasi, ada lauk, sayur, ulam-ulaman & of course mesti ada budu. nak makan mee ni untuk dinner tak pe. sedangkan kalau aku masak nasi kerabu pun dia complain orang tak makan nasi kerabu untuk lunch. aku pulak kalau nak masak beria-ia cuma untuk lunch je, untuk dinner aku dah malas nak berpeluh-peluh kat dapur. lagi pun pada aku tak kisah la makan apa, janji kenyang. jadi cam ada kontra dari segi masa. so masa dia tak de je la aku enjoooyyyy...





takoyaki ni pulak dah lama aku buat, saje je untuk semakkan page hari ni... aku guna resepi homemade takoyaki dari myresepi. untuk tako aku ganti crab stick. sebenarnya aku memang tak pernah tengok takoyaki secara live. cuma pernah la ternampak dalam satu cerita tu. nak tahu cerita apa?heheheheh.... ultraman nexus. jadi lah kan dari tak pernah tengok lansung.



Tiada ulasan: