Khamis, Mac 27, 2008


fajar di hutan batu,walau tak secantik di pergunungan namun tetap menarik...

rutin harianku bermula seawal 5.30am.bangun menyediakan sarapan & bekal untuk syahmina.hari-hari bawa bekal.aku tak bagi dia makan makanan kantin.duit 10sen pun aku tak kasi.aku cakap kat dia takut kena sakit perut macam budak dalam tv tu.alhamdulillah,dia boleh terima walaupun kawan-kawan dia bawa duit sampai RM3,4 sorang.


bekal syahmina hari ni...

kira-kira 6am,aku mula kejutkan dia.memang agak awal,tapi aku lebih suka dia bersiap dlm keadaan yg tenang,tak suka la kelam kabut.syahmina ni pulak,dia nak masa azan subuh tu dia dah bangun.lagipun dia nak bersiap sendiri,tak bagi aku tolong.aku cuma buat final touch up je xpecially tudung.kalau tak, senget benget.umur pun baru 7 tahun,yang dia tahu main sarung je.biasanya 6.30am dah siap.sementara tunggu 6.55am untuk turun bawah tunggu acik nurul datang ambil(pegi sekolah naik kereta jiran,balik aku ambil),syahmina bersarapan sambil belek-belek buku teks.sampai masa,aku hantar dia turun dan tunggu sampai dia naik kereta.selesai 1 tugas.



sampai rumah,aku sidai kain,kemas apa patut.pastu baring-baring sambil tgk MHI sementara tunggu syafi bangun.si abah pulak kalau shift pagi,7am dah kena pegi keje.kalau shift petang,lepas solat subuh,sambung tidur balik coz 2am baru sampai rumah.si syafi biasanya sekitar 8am dia bangun.lepas mandikan dia,barula aku boleh sambung kerja cam vacuum rumah ke,lap sana sini apa-apa yang patut.10am aku dah kena mula masak.nak pulak bila hubby keje pagi,turn aku kena ambil syahmina.so,kena pastikan semua dah siap sebelum aku turun dalam 12.30pm.kalau hubby keje petang,11am baru masak.




1.30pm syahmina dah sampai rumah.makan,mandi,solat dan bersiap nak pergi sekolah agama pulak.2.30pm masuk kelas,so 2.20pm dah kena turun.sekolah agama ni dekat-dekat kawasan rumah je.balik dari hantar syahmina,baru la aku boleh rilex sikit.biasanya lepas solat zuhur,aku pun zzzz la.lagipun itu memang masa syafi tidur.so tidur la kami 2 beranak sampai 4 atau 4.30pm.dah siap solat asar,dalam 5.20pm aku turun nak pegi ambil syahmina dari sekolah.

petang tadi aku bikin roti.tak tahan tengok blog ibusha,roti-rotinya memang menggoda selera.tapi tak secantik milik ibusha.oven aku ni gas oven,so tak de api atas.jadi rupanya kureenggg la...






petang pulak,lepas ambil syahmina,kerja aku lipat kain sambil tengok tv.2 beradik tu riuh rendah bergurau la...main masak-masak la...biar la diorang...janji tak kacau aku...7pm aku panggil diaorang makan pastu mandi.siap pakai baju,diaorang mengadap kartun...tu pun sementara syahmina nak pegi mengaji 8pm.masa tu la aku ambil kesempatan untuk mandi &solat.lepas tu baru la aku sediakan makan malamuntuk hubby.9pm,syahmina balik dari mengaji,buat homework/ulangkaji...10pm mesti masuk tidur...kalau takde h'work,9pm dah tidur.kadang-kadang kesian tengok dia,dari 6am-10pm tak rehat...sampaikan badan dah cekeding cam tak cukup makan...balik kampung hari tu atuk nenek semua kesian tengok dia...dari semontel-montel syahmina dah jadi cengkung.

Tiada ulasan: