Jumaat, Mac 28, 2008

hari ni aku dan hubby nak buat suprise untuk syahmina(kakak)... nak beli kan dia basikal...sebenarnya dah lama kakak minta belikan basikal...tapi bila difikir-fikirkan...banyak faktor yang kontra...maklumla kami ni tinggal apartment tingkat 2 pulak tu...takde kudrat nak angkut turun naik hari-hari.kakak pulak masa tu masih kecil,kalau ada basikal rasanya bukan dia yang naik,tapi kawan-kawan dia yang dah besar...faktor yang paling penting,hubby cakap saja nak bagi kakak rasa bukan senang untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan...memandangkan basikal tu pun bukan la sesuatu yang begitu penting untuk ditunaikan segera."bila kita susah untuk mendapatkan sesuatu,barulah kita akan hargainya.walaupun sekarang memang kita mampu,tapi untuk masa depan kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita..."kata hubby ku sayang...

berbalik pada cerita basikal kakak tadi..orange colour lagi...lepas urusan jual beli tu,jam dah 11.45pm.hari ni jumaat,kakak keluar 12pm.kami pun terus ke sekolah.hari ni hubby drive innova, so kami baringkan basikal tu kat belakang.dari luar memang tak nampak.sampai kat sekolah, jam 12.10pm,kakak dah keluar kelas. mula-mula naik kereta, dia tak perasan lagi. pastu dia ternampak beberapa plastik barang-barang dapur yang kami beli sebelum ke kedai basikal tadi. dah dia berdiri atas seat tu, so nampak la basikal tu. tak dapat nak bayangkan air muka dia
yang terkejut dan excited tu...terus je ucap terima kasih abah&umi...sepanjang perjalanan pulang tu manis je senyum. hubby warning, lepas ni kalau kakak tak nak dengar cakap umi, abah nak jual balik kat tokey cina tadi...cepat je dia angguk. aku cakap kat hubby, kita wait & see...


Tiada ulasan: