resepi dari muffin pandan oleh aunty yochana, namun ada kesilapan teknik semasa mengadun, so kejelitaannya kurang terserlah...
mihun rebus ala kampung
rasanya kalau tak cakap resepi dari siapa pun semua orang dah tahu... bagi siapa yang tak tahu, biar lah rahsia... hehehe
tempahan NYCC & MCC lagi...
tempahan yang membuatkan aku tak tidur sampai subuh... kalau dapat pejam mata pun, sementara tunggu kek dalam oven masak je la... mana taknya, dapat call pukul 12pm petang khamis, kena siap pagi jumaat... memang fresh from the oven... nak wat macam mana, dah adik sendiri yang order... sebab dah sanggup, so nak tak nak, kena siapkan... lain kali kalau dapat order sebanyak ini pada masa yang singkat, kena tolak sebiji dua...
sesudah dapat call, lepas je hantar syahmina sekolah, terus aku pergi ke BWY beli bahan-bahan... lepas tu, balik... singgah pasaraya OTK, beli bahan-bahan tambahan yang tak ada kat BWY... balik rumah, relaks kejap. sebenarnya aku puasa hari tu, tu yang rasa macam nak pengsan merempit sana sini bawah panas terik... si syafi pun kesian kena heret dek umi... lepas ambil syahmina dari sekolah, baru la aku mula bersilat segala macam silat... (tak bersilat mana pun... nak buat kek tu senang je, cuma tang masa je yang membuatkan ia berlarutan sampai pagi, nak pulak NYCC tu manja sikit, lepas masak tak leh terus keluarkan, kena tunggu 5jam dulu, tapi aku dah langgar pantang, cukup 2 jam je aku suruh depa keluar... alhamdulillah, tak pulak merekah kek-kek tu... kalau nak ikut sebiji macam resepi, alamatnya sampai zuhur la aku tak siap-siap, hehehe...) back to the story...stop kejap untuk buka puasa dan solat, sambung balik... lepas 1st batch masuk oven, baru la aku mandi & solat isyak sambil mengendurkan urat-urat yang tegang sebelum memulakan 2nd & 3rd batch...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan