Jumaat, Mei 01, 2009

majlis hari jadi 3 dalam 1... asalnya untuk 2 orang anak jiran yang lahir bulan april... tapi aku nak jugak nyelitkan untuk si syafi... dari tarikh asal dalam bulan mac, langsung ke bulan mei... lepas sehari ke sehari aku plan nak buat untuk teruna kenit aku tu, tapi malasnya ya rabbi... nak masak ok lagi, kenangkan nak mengemas setelah majlis selesai, punya la liat... dengar je ada 'projek kompilasi' sesama jiran-jiran terdekat kat sini, aku pun terus angguk kepala... rasa nya lepas ni, kami-kami di sini akan meneruskan tradisi 'kompilasi' ni sampai bila-bila... almaklum la, masing-masing tersangaaaaaaat la 'rajin'nya...



birthday boy & girl, aishah, aman dan syafi...


antara jiran-jiran & keluarga yang hadir... antara menu-menunya ialah nasi dagang, roti jala, nasi impit, spagetti, bihun goreng, agar-agar santan, buah tembikai dan air sirap.


aku pulak ditugaskan menyediakan kek dan roti jala... so layan je la deco yang simple tu... lepas deco kek-kek tu tengahari tadi, aku pun terus membancuh 1/2 kg tepung gandum untuk roti jala... stop untuk solat zuhur, bancuh lagi 1/2 kg... so hari ni, dari pagi-pagi buta sampai la azan asar, aku jadi penunggu setia dapur, cuma dari jam 10-11am aku keluar pergi pasar kejap... lepas jer siap roti jala, aku pun terus telan panadol extend sebab segala urat dan sendi aku dah rasa macam nak tercabut dah...





Tiada ulasan: