Khamis, Mei 21, 2009

cecahan ikan goreng...

macam pernah ku dengar 'cecahan' ni tapi di mana ya... hehehe... sebenarnya cara-caranya telah diceduk dari resepi 'cecahan telur rebus kak nor'... saje la cuba buat untuk ikan goreng... cuma tak letak udang kering... tambah bawang besar, guna cili api jeruk... semuanya aku tumis dengan minyak sikit... sedap weh!... memang cukup rasa, ada masin, masam, manis... makan pulak dengan nasi panas-panas... tak payah lauk lain dah... betul, tak tipu...




ikan merah masam manis...

lauk untuk anak daro yang agak cerewet tu... salut dengan tepung jagung sebelum goreng... goreng garing-garing... dia ni tak suka makan ikan, kecuali ikan merah, bawal dan tenggiri... sebab ikan-ikan ni isi putih... kalau tanya dia "kakak makan lauk apa ni?", confirm dia jawab "ayam"... kalau si adik, tolak batu dan kayu jer... lain semua dia bedal... hehehe... anak umi, biasa la (abah dia cakap)...

Tiada ulasan: