Selasa, April 14, 2009

dah 2 hari 'rumah' aku tak berkemas... hari ahad bz dengan nak menyelesaikan uniform sekolah syahmina... kalau dah 10 pasang(sek keb&sek agama masing-masing 5psg), maknanya 30 helai... basuh asing-asing, baju+tudung+stokin dan kain. belum kasut lagi(kasut pun aku campak dalam mesin basuh gak). so dah 3 round tu... maklumla, sabtu kan sekolah ganti... (malamnya pula keluar rewang-rewang IOImall), so ahad la segalanya... (kalau tak, biasanya dari petang jumaat lagi aku basuh 1 batch, sambung sabtu 2 batch). nak snap gambar masakan pun tak sempat...

pastu semalam pulak, dari pagi sampai lewat petang, hubby bz dok pasang kipas kat bilik syahmina... pastu buat wiring sikit untuk lampu...




dah siap tu, buat pull out untuk katil pulak... asalnya katil bujang ada 2, untuk syahmina & syafi... pastu 1 katil hubby dismantle, guna balik frame&lantai, letak roda... so jadi la pull out. pastu ubah susun atur perabot yang ada... belum selesai lagi ni... hubby plan nak buat para kat atas untuk barang-barang yang jarang guna.to be continue until his next offday. segala jenis habuk ada... dari habuk yang dah berkurun dok belakang almari sampai la ke habuk yang baru dicipta(habuk dari kerja drill men'drill' tu. pastu kami pun bergotong royong mengemas la pulak sampai malam. (sila abaikan cadar yang berkedut tu selepas dilanyak dek anak gergasi)




maklum la kan... dah dok rumah merpati ni, kena cari je idea camne nak luaskan ruang yang ada... ni pun sementara syafi kecik lagi... bila dah besar nanti, kena pindah bilik la... so kena jana idea lain pulak. ntah-ntah masa tu,kitaorang dah balik kampung kot... hehehe, berangan... insyaallah...

1 ulasan:

Nukilan ida berkata...

mak ai... kasut pun masuk dalam washing machine.. wah.. kalu dah beranak ni plak kojo nyer weekend yer.. hehe..