Selasa, Mac 10, 2009

tag dari kak ina kl... versi peti ais la pulak... apa-apa je la yer... peraturannya...
1. ambil gambar peti ais
2. ceritakan segala yang ada yang melekat luar dan dalam
3. jenama
4. tag orang lain pulak...




peti ais ni hubby aku beli sebelum kami kawin lagi... so umur dia lebih kurang 9 ke 10 tahun dah... jenama samsung... alhamdulillah, setakat ni belum ada masalah, maintain jer...


macam-macam ada... pamplet pizza hut, bil elektrik, kad klinik syafi & bil saman mpsj pun ada...


esok kosong la tu... memang plan nak pergi cari lauk basah esok... biasa buat stock 1 minggu... kadang-kadang tak sampai pun... tapi biasanya lebih dari 1 minggu, sebab tuan rumah ni 'rajin' sangat masak... :)


biasanya yang memenuhkan ruangan ni leftover yang semalam, dan semalam dan semalam lagi... sampai la leftover tu selamat disemadikan dalam cik tong sam pah... nampak tak plastik roti dalam drawer kat bawah tu... biasanya roti-roti yang expired tanpa tuah rumah sedari, akan dimasukkan dalam tu... kata orang, boleh hilangkan bau yang kurang enak dari peti ais... so far ok la...

aku teringin sangat nak tag nama-nama ni...
cik mat gebu
kak intan
kak ton
fieza_fwwt
ika a.k.a ijah bangkok

Tiada ulasan: