Ahad, Mac 08, 2009

cupcake sempena birthday syafi... buat 2 adunan choc moist cake... saje je buat sempena tarikh hari ni... plan nak buat makan-makan sikit hari jumaat depan... insya-allah... hari ni lak tangan tak keras tapi menggeletar... kesnya...

lebih kurang 10 minit lagi pukul 2, hubby call bagitau ada sedara dia nak datang... alamak, nak masak apa ek... sebab pagi tadi aku masak mi segera jer... sebab konon-konon malam ni nak pergi makan kat luar... on the spot otak aku terbayang-bayang nasi lemak... masalahnya santan pulak takde... nak pergi beli, kereta rosak(mekanik sampai dah lewat petang), motor hubby bawak keje... aku pun sms jiran aku tu tanya ada stock santan tak... santan tak de, kelapa parut ada la... kelapa pun kelapa la... disebabkan aku selalu beli santan segera... so bila terpaksa perah kelapa hari ni, tangan aku dah jadi macam parkinson... menggeletar tak habis-habis... cupcake gambar ultraman tu pun aku sempat buat 3 tu jer... ingat nak la kaler tang mata dengan mulut tu... tapi mood dah hilang... last-last, aku buat yang bunga-bunga pulak... dah lari dari tema la ni... macam untuk daughter's birthday pulak... apa-apa je la...







------------------------------------------------------------





selamat menyambut hari ulang tahun yang ke-3 umi ucapkan untuk syafi... harapan umi moga syafi akan sentiasa dilindungi Allah swt dan menjadi seseorang yang berguna kepada agama, negara dan keluarga...

Tiada ulasan: