Selasa, Februari 03, 2009

menu of today... kuah lodeh(?) dan sambal sotong... aku ni confuse sebenarnya... apa itu lontong, apa itu sayur lodeh, kuah lodeh... dan yang kuah kuning orang panggil apa, yang kuah putih orang panggil apa... mengikut kata jiran aku (orang kota tinggi), biasanya yang kuah kuning tu dia buat kalau nak makan dengan nasi impit, kalau dia bagi kat aku, dia cakap"ni ada lontong sikit akak bagi"... yang kuah putih kalau dia nak makan dengan nasi biasa, kalau yang ni pulak, dia sms"jap lagi anak akak pegi hantar kuah lodeh"... so sesapa yang berkait rapat dengan makanan ni, boleh la bagi penjelasan...




cekodok pisang dan milo ais ni pulak santapan tengahari anak dara aku... orang lain buat kuih untuk makan petang, aku kena buat tengahari sebab si syahmina tu memang tak nak makan nasi atau dalam erti kata lain tak sempat sebenarnya... sebab dalam masa 1/2 jam tu nak makan, mandi, solat dan bersiap-siap nak ke sekolah petang... so setakat ni kuih muih jer yang dia boleh telan...


tapi... balik je dari sekolah nanti, lepas tukar baju & solat asar, sambil-sambil tengok tv, satu pinggan penuh pun boleh habis(kadang-kadang siap tambah nasi) tapi syaratnya aku kena suap la... memang aku lebih suka suapkan diaorang ni... puas hati tengok diaorang makan... tapi tak la selalu... kalau hari-hari minggu, diaorang makan sendiri...






Tiada ulasan: