Ahad, Januari 11, 2009

sob.. sob... sob... sedih la hari ni... sebabnya...? AKU TAK DAPAT PERGI GETHER-GETHER DENGAN GENG MYR JUMPA KAK NOR KAT KLCC TU... mula-mula memang niat aku kuat nak pergi... pergi dengan anak-anak je, ingat nak tumpang hubby aku pergi kerja, dok kat opis dia sampai 10 atau 11 pagi, pastu dia hantar kat stesen komuter, naik komuter sampai KL Sentral, naik pulak putra lrt ke KLCC... dah cantik punya plan tu... dan konon-kononnya aku nak buat suprise la pada diaorang, tiba-tiba jer aku muncul sebab dalam forum aku tak cakap pun aku nak sertai mereka...

last-last, aku yang ter'suprise'... huahuahuahua... apa sebab tak jadi...? sebab fikir-fikir balik, dengan anak-anak, keluar pulak hari ahad, mesti ramai manusia, dalam komuter, dalam lrt lagi, confirm sendat macam tin sardin... aku dah merasa masa nak gi jumpa kak LG dulu... dulu ok la lagi sebab bawa syafi je, ni nak bawa syahmina, yang si kakak ni lagi aku tak sanggup, suka merayau sana sini, tak leh lepas pandang. kalau dah dia buat, mesti adik pun ikut. kalau syafi sorang je tak pe sebab aku gertak sikit, terus berkepit dengan aku... yang paling aku seriau, masa nak tunggu komuter dan lrt... kang dia pergi main-main kat tepi rail tu... dengan orang yang sesak... huissshhhh... tak sanggup,tak sanggup...

so dok la aku kat rumah sambil dok bayangkan apa la diaorang kat taman KLCC tu buat sekarang... moga bebahagia la korang ye... harap-harap tak hujan hari ni... kalau tak korang berlarian-larian la dalam hujan macam dulu masa jumpa kak LG... sambil-sambil tu korang nyanyi la lagu kopratasa tu...

itu la sahaja luahan perasaan aku untuk hari ini...

Tiada ulasan: