Ahad, Januari 25, 2009

semalam, anniversary punya pasal, aku masuk dapur seawal 8pagi untuk masak... konon-konon nak buat yang spesel la sikit... bagi aku dah kira spesel la tu kan. plan nak masak nasi beriani ayam, dalca daging, acar mentah, sambal dan goreng papedum. dessert pulak aku nak buat new york cheesecake... kesnya aku surf la web secret resepi sebab dulu hubby aku ada cakap dia pernah makan cheesecake yang SR sponsor untuk staf-staf kat opis sempena ulangtahun penubuhan opis mereka. lagi pun tuan punya SR tu pernah muncul dalam program yang diterbitkan oleh mereka. dia kata sedap kek tu. so kalau dah dia kata sedap, memang boleh percaya sebab dia memang tak berapa minat dessert ala barat ni...

sambil masak nasi dan lauk pauk, aku buat kek... memang aku tung tang tung tang kat dapur semalam... anak-anak aku 'memecahkan tongkang' pun aku tak ambil kisah... janji siap apa yang aku plan... dah siap masak tu... (tapi kek masih dalam oven, lepas masak kena sejukkan dalam oven selama 5 jam, pastu kena chill selama 1 jam)... macam biasa la kan kena la posing dulu... aku pun ambil la kamera... huhhhh.... rupanya MC hubby bawa gi opis sebab dalam tu ada gambar-gambar projek dia yang dia nak letak dalam log book... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... frust giler aku.............. tak per la, aku fikir malam nanti la aku posing nasi beriani aku tu sekali dengan kek... tiba masa, hubby aku dah balik keje, siap mandi&solat, dalam aku tengah perpare tu, ada jiran ketuk pintu ajak gi tengok anak jiran sorang lagi kena air panas. aku pun cakap kat hubby nak pergi sekejap. tapi kalau dah jumpa geng, kejap-kejap pun 1 jam lebih... aku balik rumah, hidang nasi untuk hubby aku, langsung dah tak ingat nak posing dulu... so yang sempat cuma kek aku jer...






ni la dia new york cheesecake tu... dek kerana aku ni tak pernah rasa pun kek-kek yang kat SR tu, so aku pun tak tahu la rasanya sama atau berbeza... baru aku tahu kenapa kek-kek SR tu mahal sebab kos nak buatnya pun dah cecah puluhan ringgit... tak pe la kan sekali sekala... walau tak secantik kat kedai, padan la dengan orang yang buatnya pun tak pro... janji sedap... layannn...


2 ulasan:

adad berkata...

aduhhh.. chiskek... nak nak nak..! ehhehe.. leh abis ka tu?? kalo takleh pos jek kat jiya sini... kihkihkih

hunny berkata...

jiya,meh ler makan...ada byk lagi tu...cheesecake ni x leh makan byk2 muak, tp hr2 rasa nak makan... kat jiran pn dah bagi rasa...