Khamis, Januari 22, 2009

...menu of the day... roti hamlet versi bun burger... bekal anak pun yer, lunch pun belasah la menu yang sama... petang nanti baru goreng mee untuk dinner...


hari ni syahmina tak bawa bekal ke sekolah kebangsaan... sebenarnya dah berapa hari dia tak bawa bekal... bukan apa... (ni panjang sikit story telling nya) dah 3 minggu sesi persekolahan berlalu... jadual waktu untuk darjah 2 ni agak kurang fleksibel... boleh kata semua subjek di ajar setiap hari... tak macam masa darjah 1 tahun lepas... 1 hari ada dalam 3,4 subjek saje... 1 subjek tu kadang-kadang sampai 3 slot terutama BM... sekarang ni dah la hari-hari ada subjek yang sama, lepas tu mana-mana yang ada 2 jilid buku, kena bawa dua-dua, kalau dah campur dengan buku aktiviti, memang rebeh bahu anak dara aku... makin kurus la si cekeding tu... kalau dia bawa bekal, kena bawa beg lain lagi walaupun cuma beg kertas... jadi, sesi pagi aku kasi duit belanja, cuma sesi petang aku bekalkan dia. sekolah agama, walaupun bilangan subjek nya lebih kurang tapi kitab-kitabnya kecil dan nipis sikit, tak de la berjilid-jilid bagai. tak la terbeban sangat.





Tiada ulasan: