Selasa, Disember 16, 2008

berbaloi betul buat kek ni... bahan-bahan yang mudah, senang nak buat dan sedap pulak dimakan... buat masa kat kampung tempohari... 2 hari sebelum raya buat untuk test dulu, jadi ke tak... dah menjadi tu, sedap pulak, malam raya buat 2 adunan terus... bonda aku dah tak makan kek lain...(buat juga kek coklat & kek batik)... sedap sangat pada tekak dia, sebab ada rasa masam manis... siap minta salin resepi... call semalam, dia kata nak buat, tapi nak letak jem pulak... bonda aku tu memang suka projek mem'baking' ni...

rendang palembang
rendang ni sebenarnya aku makan masa beraya rumah sedara hubby aku... dia hidang untuk dicicah dengan roti... sedap sebab ada rasa daun kari... dah sedap tu aku pun risik-risik la camne cara nak buat, dengan info secara lisan, semalam aku pun godek-godek la... kira menjadi la sebab rasanya sama macam yang aku makan tu...

sup tulang
ni untuk lunch tadi... versi korban... MIL yang bagi... rebusnya semalam... pagi tadi baru masukkan rempah ratusnya... masak awal sikit hari ni sebab hubby masuk kerja pukul 1pm...

kek coklat kukus
1 biji kek untuk 3 orang... syahmina, atuk dan liyana(anak adik aku)... kebetulan 1st day raya tu birthday atuk... alang-alang nak celebrate, masukkan sekali syahmina walau dah lepas, si liyana pulak 18 dec... kira sekali harung la...

1 ulasan:

MK berkata...

hunny - dok kat puchong area mana? mk slalu gi ioi mall tu.. tah2 slalu terserempak kot kan...