Ahad, Disember 28, 2008

hahahahahahaha... kenapa aku gelak? sebab bila aku fikir-fikir balik, cuma semalam je aku ter'rajin' masak... tu pun sebab ada tetamu. hari ni aku gantung balik periuk belanga aku tu... BIL aku dah check out pagi tadi, malam ni dia check in kat real hotel pula... esok diaorang akan bertolak balik... breakfast tadi kitaorang makan roti telur made by kedai mamak... tengahari aku dan anak-anak makan itu roti telur jugaaa... ye la kan, tak baik membazir, saudara syaitan (ke alasan?)... rumah pun belum selesai di"baikpulih" seperti sediakala... dengan mainan sana sikit sini sikit, merata-rata ada, dengan tilam dan comforter yang belum disimpan... semalam semua bilik penuh, anak-anak2 BIL (ada 5 orang), 4 orang+SIL(anak buah panggil mak su) diaorang tidur kat bilik menonton... tu yang aku heret tilam kekabu masuk sana... nasib baik beli tilam tu, walaupun besar, tapi boleh dilipat, so senang nak simpan bawah katil, kalau datang sedara-mara, boleh la depa tidur selesa sikit...

ok la... asyik dok merepek kat sini, aku nak pi kemas rumah la... mmmm dah 2 hari tak ada gambar mengiringi celoteh aku... can cin cau...

resepi waffle ni khas buat fiza nordin...

WAFFLE
INGREDIENTS
•2 eggs
•2 cups all-purpose flour
•1 3/4 cups milk
•1/2 cup vegetable oil
•1 tablespoon white sugar
•4 teaspoons baking powder
•1/4 teaspoon salt
•1/2 teaspoon vanilla extract

DIRECTIONS
1.Preheat waffle iron. Beat eggs in large bowl with hand beater until fluffy. Beat in flour, milk, vegetable oil, sugar, baking powder, salt and vanilla, just until smooth.
2.Spray preheated waffle iron with non-stick cooking spray. Pour mix onto hot waffle iron. Cook until golden brown. Serve hot.

Tiada ulasan: