Jumaat, November 28, 2008
sambungan projek mengosongkan peti ais dan pantry... pagi-pagi lagi lepas hubby pergi kerja, aku dah masak nasi, goreng nugget, cincang bawang dan bla,bla,bla... so menu cincai hari ni nugget sweet&sour bersama potato wedges... lepas tu baru la aku nak start packing pakaian dan barang-barang, kemas rumah. sebenarnya aku dan anak-anak jer yang cuti lama kat kampung... hubby keje. dia balik hantar, kereta tinggal kat sana, dia balik sini semula dengan bas. nak raya nanti, gitu la jugak, dia balik kampung naik bas. tapi kalau dah dia sorang kat umah tak de makna nya aku tinggalkan apa-apa makanan dalam peti ais. sama macam tak de orang la jugak...

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan