Isnin, November 10, 2008

sabtu lepas, 8 nov, kami, di kejiranan tangga no 2&3 blok C, sepakat untuk mengadakan jamuan sempena aidilfitri dan deepavali(walaupun 1 family jer india). bukan tak nak buat semasa syawal masih ada, tapi setiap minggu, masing-masing ada jemputan rumah terbuka atau membuka rumah sendiri untuk tetamu datang... so, weekend lepas je yang paling sesuai, sebab minggu ni pulak dah nak cuti sekolah, ramai pulak yang nak balik kampung...

pada malam tu, menu utamanya ayam, daging, ikan, kerang dan chic.cocktail bakar. pencicahnya ialah air asam, air kicap, sos lada hitam dan sos cili. menu lain, nasi goreng cina dan nasi lemak. pencuci mulut ialah agar-agar santan dan agar-agar kastard. minuman pula, air sirap dan teh o. pastu ada pula yang bawa potluck seperti kek batik, kek coklat, sup cendawan, coleslaw, roti perancis, roti sardin gulung, puding sagu dan keropok.


menu nasi goreng, aku yang kena buat. punya la banyak, 8 cawan beras. penuh 1 kuali yang paling besar aku tu... mulanya guna sudip plastik(biasa aku guna no prob setakat nak goreng 2 cawan nasi). at last, aku ambik sudip buluh yang hubby beli kat sarawak yang aku buat deco kat dapur...


jom layan je la ...














selesai acara makan-makan, kami pun memulakan acara tapau menapau, antara acara yang terdapat dalam projek kemas mengemas...

Tiada ulasan: