Isnin, Oktober 27, 2008

sambungan projek menghabiskan stok putih telur... kali ni aku buat kek lapis putih telur blueberi(kukus)resepi alongroz, tapi aku dah ubah sikit. aku buat 4 perasa... kenapa? sebab diriku yang tamak ini... hehehe... kisahnya, konon-konon buat 2 adunan, takut tak cukup sebab nak jamu tetamu... apa, sekali dapat 1 bekas besar(mangkuk adun biskut tembikar saiz besar tu)... dari 3pm sampai 12pm aku dok mengadap dapur. nasib baik tak tidur celah dapur je... bila tang kukus yang last layer(45 minit), baru la aku boleh buat perkara-perkara lain... dek kerana banyak tu aku pun buat 4 perasa(blueberi,strawberi,pandan & mocha)... kang boring pulak makan 1 rasa jer...



jumaat lepas aku ada buat makan-makan sikit kat rumah... hanya untuk jiran-jiran jer... itu aje la yang termampu aku buat... satu sebab, aku sorang-sorang yang kendalikan semua, lagi satu sebab, periuk belanga kat rumah aku ni comel-comel belaka. jadi masak setakat yang muat je la... menunya kuah lodeh, kuah kacang, sambal sotong kembang, rendang kerang, nasi impit dan pulut kuning.



sebenarnya, dah jadi satu tradisi kat di kejiranan aku ni,lebih tepat lagi kejiranan di lorong@tangga yang sama dengan rumah aku(setiap blok ada 4 lorong@tangga), dalam kawasan apartment lotus ni,lorong aku jer yang sememangnya aktif tang buat jamuan ni(lorong-lorong lain macam tak sepakat, mungkin sebab hanya 2,3 rumah jer yang melayu, yang lain-lain tu cina/india, pastu kalau ada melayu pun, yang bujang. alhamdulillah, aku dapat jiran yang boleh berlebih kurang dalam segala hal, tu yang boleh ngam kot)... pastu asal ada jer perayaan ke, sambutan apa-apa jer, sibuk la kitaorang bincang nak buat jamuan beramai-ramai, lokasinya tentunya di lot parking. kalau lepas raya, boleh kata setiap rumah buat jamuan sendiri... ada 8 buah rumah yang aktif... yang lain-lain tu ada india dan cina, dan ada yang menyewa(so diaorang jarang turut serta)... bila akhir syawal, baru la kitaorang buat yang bersama(yang ni kitaorang ajak jiran-jiran tangga sebelah-menyebelah yang rapat untuk join sekali). untuk tahun ni belum bincang apa-apa lagi pasal jamuan sebab dalam masa 4 hari ni, tiap-tiap hari ada rumah terbuka... mungkin minggu depan, walaupun syawal dah berakhir... dah tak de pilihan... insyaallah,so wait n see.....

Tiada ulasan: