Selasa, Oktober 07, 2008

bingkisan hari raya

menjelang raya di kg. kusial baru(part I)

... aku dan keluarga bertolak dari puchong jumaat,26/09,lebih kurang 10pm. alhamdulillah sampai ke kampung, rumah PIL sabtu,27/09,jam 9am. itu pun dah kira lewat disebabkan jalan sesak... BIL&family yang dok puchong ni jugak sampai 3 jam awal dari kitaorang, sebab dia bertolak awal, pastu diaorang bawa bekal untuk sahur. takde la nak sesak-sesak dengan orang lain kat kedai nak order makanan, tu pun kitaorang dapat makan maggi goreng jer untuk sahur sebab nasi kat 6 kedai sederet tu habis.

... berbuka kat rumah PIL hari tu cukup,cukup meriah sebab semua anak, menantu dan cucu-cucu ada. malam tu apa lagi, upacara main bunga api. kalau nak kira masih awal tapi sebab esoknya, masing-masing nak balik kampung lagi satu, so sakan la budak-budak tu semua. bukan senang dapat berkumpul,berjumpa semua sekali macam malam tu.





menjelang raya di kg. kusial baru(part II)

... hehehe... ahli sumo junior sedang potong rambut... nak raya beb... layannn...





1 SYAWAL 1429H di kg baung...

... sejak lepas kawin, ni kali ke-2 aku dapat menunaikan solat eidul fitri, tu pun sebab 3 orang anak dara kat rumah tu 'off', kalau tak aku kena jaga anak, sambil siapkan apa yang patut. so kali ni aku tak lepas peluang untuk solat raya, tu pun kena keluar ikut pintu dapur sambil nyorok-nyorok, takut si syafi ternampak.

... balik je dari masjid,dah ada tetamu. pak sedara(adik ayah) dan keluarga(anak,menantu serta cucu)tiba. pastu baru la 2,3 gerombolan yang lain tiba.dek kerana rumah parent aku ni cuma beberapa langkah dari belakang masjid, so lepas jer solat raya, memang rumah yang pertama yang akan dikunjungi sanak saudara. lepas tu barulah rumah nenek yang terletak jauh sikit, so kena pergi dengan kereta.

... oleh kerana tetamu yang datang tak putus-putus, plan aku nak bergambar kami 4 beranak pun tak sempat... maklumla ni 1st time sedondon tau... isk,isk,isk... terkilan la jugak... kalau dalam gambar-gambar di bawah tu ada ternampak sesapa yang berbaju maroon tu, family aku la tu... dan menu pagi raya pulak : nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, sambal sotong dan bihun goreng.

tak sempat nak posing maut makanan-makanan tu semua


terselit jugak yang pakai baju maroon(hubby aku tu)



ni nak sambut merdeka ke nak sambut raya? apa-apa pun kira merdeka la jugak walau tak puasa...





sudah 1 minggu syawal berlalu... semoga dalam kegembiraan meraikan syawal, kita semua akan diberi kesempatan untuk berjumpa lagi dengan keberkatan ramadhan tahun depan... amiiiinnn...

1 ulasan:

MamaFaMi berkata...

Memang seronok berhariraya di kampung. Mama beraya seminggu di kampung, rasa macam tak cukup je..