Isnin, September 22, 2008

semalam kami berbuka puasa di restoran sate kajang hj samuri... of course la di bandar kajang... siap book bilik yang ada air-cond lagi... menu utama mestilah sate,pastu order nasi goreng,mee goreng,air bandung,air tembikai dan air kosong... yang lain-lain tu terpulang pada masing-masing nak makan apa pulak... ini adalah acara tahunan hubby and ex-ikbn intake 58... tahun ni pulak turn hubby jadi organizer... tu yang dia bz sikit sejak 2,3 minggu ni... nak contact semua member dia, nak book table, nak contact bekas-bekas pengajar diaorang lagi... dalam masa tu, ada jugak 2,3 orang kejap kata ok, kejap kata tak boleh pulak... hubby saje pilih tempat yang tak de buffet... so caj taklah mahal sangat... bila caj tak mahal, ramai yang nak datang,bawa family sekali... sebab sebelum ni semua yang kena organize pilih buffet, dah tu yang datang pun tak ramai,kalau datang pun sorang, anak bini tinggal rumah... so tujuan nak berkenalan dan beramah mesra sesama family-family diaorang macam dah lari dari konsep asal... so semalam, plan hubby berjaya... perjumpaan yang dihadiri oleh paling ramai dari geng diaorang... semua sekali campur 3 orang pengajar seramai 70 orang(campur anak isteri,ada yang siap bawak adik ipar la,mak mertua la)... setelah di bahagikan, satu family cuma kena bayar RM37 sahaja... tapi gambar makanan nya takde, sebab segan la pulak bila dah ramai-ramai tu, tetiba aku jer yang sibuk snap sana, snap sini... lagipun makanan-makanan tu semua tahu camne rupanya kan...





Tiada ulasan: