

ni kat styling studio, clay digunakan untuk merekabentuk model-model kenderaan. dah dapat bentuk yang diingini, model tu gunanya untuk buat mould.

gambar ni hubby yang ambik... aku dok kat tampat lain jaga kakak & adik... biar la dia lepaskan geram tengok model-model kereta yang memang tak ada dalam pasaran.PROTON buat untuk pameran je sesetengah model tu.

syafi yang kehausan, syahmina yang keletihan sebab demam dan aku yang penat berdiri tunggu bas datang...
balik dari PROTON, kitaorang terus ke Mid Valley... ada Maybank Treats Fair untuk pemegang-pemegang kad kredit Maybank. hubby yang beria nak pegi sebab nak redeem jam tangan. nasib baik masa tu kakak dah sihat sikit, selepas makan ubat,habis 1 setengah botol air mineral dan tidur dalam kereta. sampai je sana, ya rabbi... ramai nya manusia, ada dekat 10 kali round MV Mall nak cari zon mana yang kosong(semua zon lampu merah).at last,masuk je zon A,cari punya cari kat P3 baru ada kosong. itu satu hal,pegi surau nak solat zohor,nak ambik wuduk pun kena Q panjang... siap solat, lunch kat MCD... kakak dah ok la tu sebab boleh habis 1 beefburger. settle bab makan, terus ke MV Exhibition Centre... terus tuju ke booth jam tangan tu... telek punya telek, model yang hubby berkenan tu dah habis... aku cakap kat hubby, fair ni 4 hari start khamis lagi... kita datang last day... confirm banyak barang dah habis... pastu ronda-ronda booth lain, hubby offer electric oven kat aku... dapat free kalau nak redeem... tapi fikir-fikir, oven tu kecik, alang-alang nak ambik biar yang besar, senang aku nak bakar biskut raya untuk bisnes. yang besar ada tapi yang tu tak boleh guna point, so aku cakap simpan je la dulu point tu, bukan terdesak sangat nak guna oven,dah ada cuma yang gas je la. next time la kita redeem.
so, that why i said JJLB, barang tak ada, letih yang dapat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan