Rabu, Julai 23, 2008

huhhhh... penat. sebenarnya masa aku taip ni, aku baru balik dari jogging kat taman depan tu. bawa si syafi sekali. niat nak jog'n tu dah lama. plannya, turun sekali dengan kakak nak pergi sekolah, lepas dia pergi 7am(naik kereta jiran), aku pun pergi la taman tu. tapi asyik cancel je sebab syafi tak nak bangun. takkan nak tinggal kan dia sorang-sorang kat rumah. lagipun aku memang nak dia pun exercise jugak sebab montel dia makin menjadi-jadi. kang obesiti pulak anak teruna aku tu. puas aku pujuk dia, tak jalan. asyik postpone je niat baik aku ni. alhamdulillah, hari ni dia bangun masa kakak sedang bersiap-siap tadi. so, dengan rasminya plan aku bermula hari ini. esok tak tahu lagi. kalau dia tak nak bangun aku angkat je dia, dukung sampai bawah tapi beratnya ya rabbi...

Tiada ulasan: