Sabtu, Julai 19, 2008

aduhai.... lama betul tak publish apa-apa story kat umah aku ni... tetiba je aku rasa cam ketandusan idea nak ngomong-ngomong di sini. nak pulak dah tak ada gambar-gambar yang nak di kongsikan dengan tetamu-tetamu yang bertandang. tapi semalam aku godek-godek lagi kamera yang tak tahu bila nak hantar ke workshop tu. fikir-fikir... belasah je la, janji nampak apa yang aku nak tunjukkan... cuma ia berserta dengan garis-garis halus... cam tuan dia pulak yang dah mula menunjukkan tanda-tanda awal penuaan...






sebenarnya aku tak plan langsung nak buat puding kukus ni. masa tu, dalam pukul 10pm, aku tengah sibuk berforum kat Myresepi. ada la 2 hamba allah tu sibuk dok cerita pasal puding ni. aku pun apa lagi, macam diseru-seru untuk mencuba. terus aku ke dapur check bahan-bahan, semua ada... cuma mengikut resepi asal kena taruk laici... yang ada masa tu cuma peach... kira ok la.... tung tang tung tang...siap. senang sangat nak buatnya. aku pun kalau resepi yang remeh-remeh ni, tak ingin jugak aku meletihkan badan kat dapur malam-malam. so itu la hasilnya... tak menghampakan... memang sedap...wallah...

Tiada ulasan: