setelah sekian lama rumah kesayangan aku ni sunyi, senyap dan sepi(mungkin aku kena pergi tonton filem Sepi tu kot), dengan rasa gembiranya aku merasmikan hari ini dengan ucapan selamat ulang tahun untuk diri aku sendiri... dengan bertambahnya 1 lagi angka, aku rasa agak gusar. bukan pasal bertambahnya kedutan di wajah cuma memikirkan amalan-amalan yang bakal dihitungkan di hari yang kekal kelak. juga pergorbanan aku untuk keluarga, aku fikir apa yang aku lakukan selama ini belum mencapai yang terbaik. namun akan aku perbaiki dari hari ke hari. dan bersempena dengan ramadhan yang bakal tiba tak sampai 3 bulan lagi, akan aku gandakan apa yang afdal diamalkan walau cuma beberapa minit. INSYA-ALLAH.
aku teringat sempena ulang tahun aku beberapa tahun lepas. masa tu aku masih bekerja. macam biasa, sampai kat rumah, lepas lepak-lepak kejap, aku pun buka peti ais keluarkan apa-apa yang nak di masak. mula-mula buka freezer ambil ikan, pastu buka pintu bawah, sedang aku terbongkok-bongkok nak ambil sayur, ternampak sesuatu warna merah nun di belakang. tengok punya tengok, rupa-rupanya ada sekuntum mawar merah dan sekeping kad. itu lah dia suprise hubby aku. dia tahu perkara yang mula-mula aku buat bila masuk dapur, buka peti ais. so, tu lah tempat paling strategik supaya aku senang nampak. untuk tahun ni suprise dia tak jadi sebab semalam kitaorang keluar shopping barang-barang dapur kat pasaraya OTK depan rumah, pastu gi tesco kejap beli diapers syafi(biasanya tesco lebih murah). on the way, hubby menjerit, ya allah, agak kuat. aku pun terpinga-pinga, tanya kenapa. dia cakap tak de apa. aku tak puas hati, 2,3 kali tanya, dia bagi jawapan sama. sampai rumah baru aku tau rupanya dia plan nak beli kek kat king's dalam OTK tadi. so, malam tadi hubby & anak-anak just wish me with a big candle(actually candle tu aku buat hiasan atas tv cabinet). tu dah memadai, janji diaorang ingat.
1 ulasan:
beshnya dpr suprise...bilala nk dpt ni
Catat Ulasan