Khamis, Oktober 15, 2009

ayah san nak pergi Mesir...

adik beradik ke 6... sambung belajar ke Mesir dalam bidang Syariah... dulu dia belajar di Maahad Tahfiz Pulai Chondong, Kelantan... lepas tu sambung belajar di Sek.Men (Arab) Panchor, Kelantan untuk ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)... alhamdulillah, lulus dengan pangkat Mumtaz...

dia dari lapangan terbang sultan ismail, pengkalan chepa, penerbangan pukul 6.50am dari sana, sampai di KLIA lebih kurang pukul 7.50am...

gambar-gambar dia di sana dengan ma abah dan saudara mara, belum dapat lagi... ada dalam hp dia... yang sedikit terkilan, ma aku tak dapat jumpa dia sebelum ke balai pelepasan sebab masa tu ma aku ke surau solat sunat, keluar je dari surau, adik aku dah masuk ke dalam... tak pe la, kalau tak bertambah-tambah la drama air mata kat situ... :)

aku pulak, dari puchong dengan kereta, stop kat Putrajaya Sentral, naik ERL ke KLIA... nak drive sendiri sampai ke KLIA? aku takut entah mana-mana aku pergi nanti...

namanya nor ihsan...ayah san tu panggilan anak-anak saudara

cik da, ayah san, syafi & syahmina

kawan-kawan ayah san, ada yang belajar di UIA, ada yang kat USIM

lepas ayah san masuk balai pelepasan, terus menuju ke ruang tinjau nak tengok kapal terbang kat landasan



semasa menuggu ERL untuk pulang

dalam ERL la ni


moga ayah san dapat meneruskan cita-citanya ke tahap yang diidamkan... insyaallah... amiiinnnnn...

Tiada ulasan: