Jumaat, Februari 13, 2009

ada seorang budak berusia 8 tahun, menunggang terbalikkan dirinya sendiri kerana uminya tidak membenarkannya bermain di taman permainan depan rumahnya setelah balik dari sekolah... setelah dipujuk oleh uminya dengan menggantikan aktiviti bermain itu dengan aktiviti menonton upin&ipin online... baru la dia menunggang terbalikkan semula dirinya ke kedudukan yang normal... sekian berita yang dah basi kerana ia berlaku semalam...



ishh... dah besar pun nak buat perangai lagi kakak ni... aku memang dah buat satu peraturan yang mana kalau hari persekolahan, memang si syahmina tidak dibenarkan sama sekali bermain kat taman selepas pulang dari sekolah... bukan apa kan... masa main tu memang tak ingat dunia, yang rasa penat pun malam nanti, sampai nak buat homework pun nangis-nangis... dari pukul 6am sampai 9pm, masa untuk dia berehat cuma dari 6pm-7.30pm jer... 8pm pegi ngaji, 9pm balik ngaji, nak buat homework lagi... waktu tidur bergantung kepada waktu selesainya homework dia... dah penat mulut ni explain kenapa umi buat macam tu... ada hati lagi nak minta pergi main... kuat betul aura kengkawan dia yang riuh rendah kat taman tu...hmmmmmmmmmm...



tau pulak nak malu bila tahu aksi mengarut dia tu sedang dirakam... hehehe... aku ugut nak bagi cikgu dia tengok... meraung masa tu jugak(gambar meraung tak boleh tunjuk, sian pulak kat anak aku tu)...

1 ulasan:

zai berkata...

Sama la macam anak pempuan saya,kalau dilarang mula la buat perangai,marah2,memberontak,puas slow talk tk nak dengar jugak,makin menjadi2...last2 saya biar dia cool sendiri...