

dek kerana balik kampung kali ni musim buah dah berlalu, so semua buah-buah tu hubby beli jer masa on the way nak balik KL... durian beli kat Merapoh, manggis & rambutan beli kat Raub... cuma buah kat bawah ni je la yang masih ada kat kebun kitaorang masa tu...

kuih-kuih ni pun beli jugak... sebab tu cantikkkkk jer terhidang dalam plastic bag... ada yang beli kat pasar Tanah Merah, ada yang beli kat tepi jalan...




nisan kerek,beras pulut putih dan hitam... beli kat kampung baru dapat yang tulen... nak pulak beras pulut putih, beli kat pasaraya OTK tu, yang dah campur dengan beras biasa... cuma nak beli nekbat kering tak dapat sebab diaorang jual time 2,3 hari nak puasa je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan