Selasa, April 01, 2008

sabtu,29 mac
hari ni kakak kena pegi sekolah,ganti cuti pilihanraya hari tu.hubby pulak sepatutnya shift petang,tapi pagi pulak sebab tukar shift dgn member dia..esok masuk petang balik.biasanya kalau hubby keje pagi,aku jarang masak yang beria-ia.cukup yang simple je.hari ni aku masak mee sup.untuk dinner,kalau rajin aku masak,kalau tak merayu hubby makan luar.lepas masak mee,aku bikin donat pulak.hajat dihati nak buat cam dunkin's tu yang ada filling kat dalam.sebab tu awal-awal aku tak buat lubang.tapi bila dah masak,aku patahkan 2,3 biji,tengok dalam dia tak de rongga.cam ne nak pipe kan filling.aku cadang nak letak choc & blueberry filling.akhirya,pipekan kat atas je lah...



petang tu tercapai lah hajat kakak nak tunggang basikal.tu pun nasib baik hubby balik awal dari biasa.kalau tak muncung je.aku memang plan nak turun temankan dia tapi tengok langit gelap je,so aku pun dah set my mind nak buat keje lain.jadi rasa malas nak turun tu membuak-buak.kejap tu langit cerah balik...kakak dah ngamuk sakan dah...tetiba hubby muncul.so serah tugas kat dia la.lega rasanya...


malam,kitaorang keluar pergi makan sate hj samuri kat R&R kinrara.ada 2,3 family lagi ikut,member-member hubby.memang dah jadi rutin diaorang,at least sebulan sekali pergi makan-makan.so,tak payah aku lentok-lentok kepala ajak dia makan kat luar.rupanya dia dah plan 2,3 hari dah,patut la tukar shift.so plan aku asal nak update blog cancel.


sebenarnya nak snap gambar sate kat kedai.tapi bila dah nampak sate yang masih berasap tu terus lupa niat asal.tu yang tapau punya.


ahad,30 mac
hari ni pun hubby keje pagi.begitulah seterusnya hingga hari khamis,jumaat dia off.ingatkan malas nak masak jugak hari ni.tiba-tiba hubby call nak balik lunch.biasalah hari ahad,nak tinggalkan office kejap-kejap tak de masalah.dia kata nak balik makan,pastu nak bawa kitaorang jalan-jalan cuci mata(window shopping la tu).tapi kena pergi office dia dulu,sebab dia habis keje 4pm.so aku pun kelam kabut la masak.masa dia call tu dah 12pm.menunya...sup sayur,daging goreng & ulam.simple&easy.oleh kerana sure kitaorang akan balik malam,so plan nak update blog tergendala sekali lagi.tak pe...esok masih ada...


isnin,31 mac
ingatkan esok masih ada tu hari ni la....tapi malam ni keluar lagi.hubby ajak pergi survey satu baranan elektrik.kitaorang pergi kat area bandar puteri,puchong.mula-mula pergi 1 kedai, harganya RM125.pastu pergi kedai yang sebelah,takde jual.pastu cari kat kedai seberang jalan pulak..hubby memang camtu kalau nak beli satu-satu barang.dia suka survey dari kedai ke kedai,kadang-kadang sampai subang jaya.sampai kat kedai ni,aku tunggu dalam kereta je,dia pergi sorang coz parking penuh.punya la lama aku tunggu.agaknya kedai tu tak jual jugak,so dia pergi kedai yang lain pulak.pastu nampak dia datang bawak barang tu.aku tanya dapat berapa?hubby cakap oleh kerana last stock,RM100 je...

tadaaaaaaa.....akhirnya demam WM ku dah sembuh serta merta setelah nampak hubby bawak kotak tu dari jauh menuju ke kereta.....hehehe.hari ni jugak aku nak buat waffle.tapi petang ni kot coz telur out of stock.nak pegi pasaraya lepas hantar kakak sekolah agama nanti...




Tiada ulasan: